Air Terjun Puteri Mandi: "Syurga" Tersembunyi Di Bumi Yan, Kedah!

Geotapak Air Terjun Puteri Mandi
Nama Yan, Kedah, mungkin kedengaran "biasa-biasa" saja di kalangan kita. Yan yang kita tahu mungkin merupakan lokasi perkelahan air terjun di Titi Hayun mahupun Seri Perigi yang begitu terkenal di Kedah. 

Namun ramai yang tak tahu di sebalik "biasa-biasa" daerah Yan ini, terkandung seribu satu "bukan biasa-biasa"..!

Taman Persisiran Sg. Yan, mercu tanda daerah Yan, Kedah.
Tapak perkelahan air terjun Titi Hayun merupakan lokasi tumpuan ramai khususnya sewaktu musim cuti sekolah. Ramai yang datang berkelah bersama keluarga tersayang menikmati kedinginan air terjun dan keindahan alam semula jadinya yang sejuk menenangkan jiwa.

Dari sinilah kami memulakan pendakian menyusuri jeram Sungai Titi Hayun menuju ke Geotapak Air Terjun Puteri Mandi. Sebelum mendaki, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai, terutamanya kasut, seluar dan baju lengan panjang yang tahan lasak. Jika perlu, bawa juga beg "waterproof". Get ready to rumble and get wet..!

Steady bang... semangat..!
Kira-kira 3.1 km dari tapak perkelahan jika ikut "jungle track", tapi lebih thrill dan mengujakan ikut "river tracking"...!
Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa terdapat khazanah yang tidak ternilai di sebalik Sungai Titi Hayun ini. Jika indah di hilirnya, bayangkan pula keindahan alam semula jadi ciptaan Allah SWT di hulunya. SubhanaAllah... menarik sungguh!

Fasa awal agak mudah, warm up session barangkali...
Di sini masih lagi tersua orang ramai mandi manda...
Masih di peringkat "mudah"...
Menyusuri jejak Sungai Titi Hayun akan membawa kita ke Geotapak Air Terjun Puteri Mandi yang terletak kira-kira 3.1 km dari lokasi perkelahan di hilirnya. Untuk ke Air Terjun Puteri Mandi, biasanya akan melalui jejak hutan (jungle tracking). Tapi rupa-rupanya, lebih menarik lagi jika kita menyusuri Sungai Titi Hayun (river tracking) untuk ke sana...

Di sepanjang sungai, kita akan dapati batuan di sini berwarna "karat". Ia menandakan bahawa batuan sungai di sini terkandung "iron" atau unsur besi. Almaklumlah, di kawasan sekitar Jerai ini sememangnya kaya dengan hasil mneral, terutamanya besi.

"Karat" di batu sungai...
Adik tu kata "ni masih biasa lagi... belum mencabar"
Syok menyusuri sungai... tapi kat sini jangan minum airnya lagi, belum cukup "sedap"...
Baru darjah 4, tapi laju betul dia.. kita dah mula cungap, huhuuu....
Memulakan perjalanan dari tapak perkelahan, kami menyusuri Sungai Titi Hayun. Untuk fasa pertama, laluannya yang agak landai dan batuan saiz kecil agak mudah untuk dilalui. Melompat dari batu ke batu pun agak mudah hinggalah kita tiba di Lubuk Batu Kapal.

Lubuk Batu Kapal. Tu tunggu penulis la tu..
"Take 5" kejap di Lubuk Batu Kapal. Best kat sini... (kata penulis tercungap-cungap)...
Lubuk Batu Kapal adalah berbeza dengan Batu Kapal yang terletak berhampiran puncak Gunung Jerai. Di sini, kita akan dapat menyaksikan batuan berbentuk badan sebuah kapal yang terdampar di sungai tersebut. Di sini juga terdapat pokok berangan hutan....

Menurut En. Guide kita, kat Gunung Jerai ni memang banyak pokok Berangan Hutan. Yang kami jumpa ni kecik je. Ada lagi yang besar-besar buahnya. Kena kopek dulu untuk dapatkan buah berangan tu...

Ini la rupa buah Berangan yang belum dikopek..
Taraaaa... buah berangan kecil. Nak yang besar pun ada..
Kita teruskan perjalanan ke check point yang pertama, iaitu "British Pump House", atau Rumah Pam British". Menurut penduduk sekitar, rumah pam tersebut dibina di zaman kolonial British bagi menyalirkan air ke pejabat pentadbiran dan rumah-rumah penduduk di perkampungan sekitarnya. 

Jika kita teliti betul-betul British Pump House ni, ianya dibina menggunakan bahan binaan lama yang kukuh. Konkritnya bukan macam konkrit sekarang. Dindingnya pun tebal-tebal belaka. Akar-akar pokok memang dah menjalar di seluruh rumah pam ni. Masa kami masuk, ada kelawar buat sarang...


Akar-akar pokok sebesar lengan budak menumpang huni di rumah pam ni. Adik kita teruja tengok kelawar.. "jangan kejut kelawar tu tidur, bang.." katanya...
Tinggalan bekas kolong sistem tapisan air sebelum memasuki rumah pam...
Rumah pam zaman British ni dah tak digunakan lagi. Penduduk kampung sekitar tarik paip sendiri dari atas bukit... bestnya duduk ke sekitar Titi Hayun ni, kan? Air fresh..!
Kesan-kesan binaan lama juga dapat dilihat seperti binaan empangan, tapisan air dan paip besi lama di situ. Lain macam betul binaannya, teguh dan utuh. Namun terselindung di sebalik semak samun di sini. Usianya kini mungkin mencecah hampir 100 tahun...

Kolong air sebelum ke rumah pam..
Kemudian, kita akan temui pula empangan-empangan yang dibina untuk salurkan air ke rumah pam tersebut. Ada dua empangan di sini dan jaraknya agak berhampiran antara satu sama lain. Tapi dari empangan kedua hendak ke empangan pertama tu berpeluh jugaklah dibuatnya..

Empangan kedua di sebelah bawah...
Pokok tumbuh berakar di sekitar empangan lama ini...
Empangan pertama lebih menarik. Airnya lebih jernih dan bersih. Mungkin disebabkan kedudukannya yang lebih hulu di atas. Kita boleh "refill" air botol di sini sebelum teruskan perjalanan. Masih jauh lagi...

Empangan pertama...
SubhanaAllah... cantik sangat kat sini. Di sini kita boleh nampak di mana tempat cetek dan dalam. Yang cerah tu cetek, yang gelap tu dalam. Jika air banyak, jangan mandi di tempat yang dalam... bahaya.
Air terjun di empangan pertama. SubhanaAllah... cantiknya! Di tepinya ada "mini cave"...
Tidak jauh dari lokasi empangan itu, kita akan dapat melihat sebatang pokok Tualang yang menjadi lokasi pemburu madu lebah. Jika bernasib baik seperti kami, kita akan menemui sarang lebah lama yang gugur dari pohon tersebut. Apa kegunaan sarang lebah? Ianya boleh dibuat "dian" atau lilin...

Ketika kami melewati pohon Tualang ni, kami dapati terdapat "sigai". Jadi, hasil madu di pokok Tualang ni merupakan antara punca rezeki pemburu madu tualang di sini. Alhamdulillah, hasil hutan yang menjadi mata pencarian utama buat penduduk tempatan... 

Inilah pokok Tualang tu. Jika ikut "jungle track", ada pokok Tualang yang jauh lebih besar...
Sisa sarang lebah di atas pokok Tualang tu...
Sarang lebah yang kami temui di gigi air...
Teruja... pertama kali pegang sarang lebah madu tualang..!
Satu lagi sarang lebah yang kami temui...
SubhanaAllah..! Semuanya sempurna berbentuk heksagon. Begitu indah dan berhikmah Allah mengilhamkan kawanan lebah membuat sarang kediamannya. Amat mustahil untuk manusia mencipta suatu yang menakjubkan sebegini. Menangis penulis insaf atas kejadian Allah...
Menyusuri jeram dingin dan batuan yang indah ini membuatkan kami takjub pada ciptaan Allah SWT lantas sujud pada keEsaan-Nya. Dingin sungguh air yang mengalir cukup terasa ketika berwudhu, kami bersolat tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan yang menjadikan segala keindahan yang terpampang di sekeliling kami. Di hati, tidak putus-putus kami bertahmid memuji kebesaranNya...

Di sekitar river tracking ni, kita juga akan jumpa dengan beberapa jenis tumbuhan. Antaranya ialah daun Tapak Kasut Kuda. Namanya diberi mungkin berasaskan bentuk daun tu yang berbentuk tapak kuda. 

Menurut En. Guide kami, daun ni digunakan oleh orang asli sebagai pembalut rokok. Selalunya kita tengok orang balut rokok daun dengan menggunakan daun nipah, kan? Itupun setelah dikeringkan. Tapi daun Tapak Kasut Kuda ni boleh dibuat daun rokok walaupun masih hijau. 

Kami dah test dahhh.. lebih organik berbanding rokok daun nipah! 

Daun Tapak Kasut Kuda...
Mudah terbakar walau masih berwarna hijau...
Kami sungguh bertuah kerana disajikan dengan pelbagai flora dan fauna yang menakjubkan di sepanjang perjalanan "river tracking" ini. Antaranya seperti lesung batu semula jadi yang terbentuk daripada hakisan air terjun. Cuma bawa cili, bawang dan belacan, kita tumbuk terus di sini...!

Lesung batu semula jadi...
Fasa menyusuri Sungai Titi Hayun semakin mencabar fizikal dan mental. Tidak dinafikan, kita memerlukan sedikit "fitness" dan "skills" bagi memastikan perjalanan lancar mengikut jadual. Nak tahu "rahsia" meniti dari batu ke batu besar? Jom join kami... heheheeee...

Masih muda, adik kita ni lincah meniti batuan yang jauh lebih besar dari fizikalnya...
Sekejap je dah jauh kat depan... Dia yang laju atau penulis yang lambat? Huhuuuuu...
SubhanaAllah... makin cantik lokasi yang ditemui di sepanjang river track ni...
"Mini cave"...
 Dalam perjalanan kami, kami juga bertemu dengan ular Laju Ekor Merah (red-tailed green ratsnake) atau nama saintifiknya Gonyosoma oxycephalum. Jangan bimbang, ular ni kurang merbahaya. Cantik ular ni. Badannya berwarna hijau kekuningan dan ekornya berwarna merah.

Ular ni selalunya ada di atas pokok, tapi entah macam mana dia turun atas batu. Selain tikus, ular Laju Ekor Merah ni makan burung, telur burung atau kelawar. Maksudnya, ular ni cukup laju untuk menangkap mangsanya...


Tersua dengan ular Laju Ekor Merah (red-tailed green ratsnake)
Kami juga "disambut" mesra oleh satu spesis labah-labah kecil yang terdapat di hutan simpan yang menyimpan jutaan khazanah berharga negeri Kedah ini. Comelnya dia meniti jaringan lelabah begitu menarik perhatian kami...

Si labah-labah kecil.. ada sesiapa tahu nama spesis labah-labah ni?
Close up... cantik, kan? SubhanaAllah...!
Kami juga bertemu dengan En. Labi-Labi atau dikenali dengan "Tuntung". Siapa sangka di atas paras 3,000 kaki daripada aras laut terdapat spesis ini, kan?

Teringat pula pada kisah mitos Sang Kelembai yang dikatakan pernah menjadikan Gunung Jerai ini sebagai tempat kediamannya. Khabarnya dulunya Gunung Jerai ini asalnya bernama Pulau Serai yang dikelilingi lautan sebelum kering menjadi dataran...Nak tahu cerita lanjut? Jom ikut trip kami.. heh!

Apa En. Labi-Labi buat di sini? 3,000 kaki di atas paras laut? SubhanaAllah...
Selesai berehat di check point yang pertama, kami teruskan pendakian. River trailing ini sungguh mengujakan dan pendakian semakin mencabar. Batuannya semakin besar, licin dan curam. Namun jika tahu "rahsia"nya, segalanya akan mudah dan lancar, insyaAllah...

Jom kita teruskan perjalanan...
Boleh daki?
Penat nak kejar En. Guide kita... huhuuu...
Lapisan batu yang membentuk tangga akan memudahkan kita...
Take 5 lagi... penulis "pancit"..!
Okay.. kita sambung balik...
Abam Guide kita tunjuk skill sikit.. dia memang "pakar tali"...
Besar gedabak batu ni.. tapi macam mana boleh ada seketul je tengah-tengah track sungai tu? Itulah rahsia kejadian Allah SWT...
Check point seterusnya ialah Air Terjun Puteri Mandi! Meskipun perlu melalui river tracking yang lebih mencabar, keindahan air terjun yang masih "dara" itu begitu menggamit hati. Apatah lagi dikhabarkan ada "Batu Lion King" di atas sana, makin bersemangat kami dibuatnya!

Sebelum tu, ada sesiapa pernah tengok pokok rotan? Buah rotan? Pernah rasa buah rotan? Pernah jugak rasa kena duri rotan? Abam Guide kita berbesar hati untuk petik buah rotan untuk kita rasa. Alhamdulillah, terima kasih Abam Guide yang macho... 

Pokok Rotan...
Inilah dia buah rotan.. besar-besar...
Berkat kecekalan hati dan sabar, kami akhirnya berjaya ke Geotapak Air Terjun Puteri Mandi. SubhanaAllah..cantiknyaaa..! Terpegun dengan keagungan Allah yang menjadikan semesta alam, begitu menakjubkan ciptaannya di depan mata...

Tenang dan nyaman. Dingin hawanya, kami sekali lagi terpana dengan keindahan yang terselindung di sebalik "the great wall" di Gunung Jerai ini. Habis hilang rasa letih, memang berbaloi menyusuri jeram sungai Titi Hayun ke Air Terjun Puteri Mandi ni...





Berada pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki - 4,000 kaki daripada aras laut, kami meluangkan masa berehat, bermandi-manda menikmati keajaiban di depan mata. Tiada kata-kata terindah yang dapat diungkap melainkan "subhanaAllah.. subhanaAllah". 

Tenang jiwa di sebalik kehijauan ciptaan Allah yang menakjubkan. Kami bersujud padaNya, mensyukuri nikmat yang tiada tolok bandingnya. Sesungguhnya terdapat "syurga" di bumi Yan, Kedah, yang indah permai ini...

SubhanaAllah..!
Jom mandi..!
Namun masa begitu mencemburui kami. Kami terpaksa turun, mudik ke hilir kembali ke lokasi tapak perkelahan Titi Hayun di bawah sana. Namun kami puas! Menerokai alam semula jadi melalui "river tracking" memang terasa bezanya berbanding "jungle tracking". Luar biasa dan lebih menakjubkan pengalamannya, "bukan biasa-biasa"....

Bagi pembaca yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman "RIVER TRACKING" menelusuri jeram Sungai Titi Hayun ini, boleh hubungi atau Whatsapp nombor telefon di bawah. Rasailah sendiri dan nikmati keindahan alam semula jadi yang masih "dara" di daerah Yan ini, memang lain dari yang lain..!

Untuk booking trip dan pertanyaan lanjut, sila hubungi/Whatsapp:

Comments

Popular posts from this blog

PROMOSI GRAND OPENING: #KUNDASANG - #KOTAKINABALU 4 HARI 3 MALAM

Kembara Muslim Di Bumi Allah Bersama #IsyraqTravel