Kembara Muslim Di Bumi Allah Bersama #IsyraqTravel


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas kemuliaan rahmat dan rahimNya, kami diizinkan untuk menubuhkan sebuah syarikat pelancongan berkonsepkan kembara muslim, Isyraq Travel & Tours Sdn Bhd.

Berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dengan no. lesen; KPK/LN 9452, kami memulakan langkah perjalanan ini dengan memuji-muji nama Allah SWT dengan niat beribadah ke jalan yang diredhaiNya.

Isyraq Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik yang "lain dari yang lain". Sambil menjelajahi bumi Allah yang terbentang luas, menelusuri segenap pelusuk saujana mata memandang, kami hidupkan perjalanan ini dengan pengisian.

Konsep kembara muslim yang kami tawarkan terbahagi kepada tiga elemen merangkumi kembara ukhuwah, kembara khairiyah dan kembara ibadah. Memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri, anda boleh memilih konsep perjalanan yang terbaik mengikut keselesaan anda.

Semoga perjalanan ini mencapai redha Allah, ayuh mulakan kembara anda bersama Isyraq Travel & Tours. InsyaAllah...

Untuk tempahan, sila hubungi @klik 👇:

0194742752 (Hj Azmi)
0124432474 (Hj Zam)

Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Puteri Mandi: "Syurga" Tersembunyi Di Bumi Yan, Kedah!

PROMOSI GRAND OPENING: #KUNDASANG - #KOTAKINABALU 4 HARI 3 MALAM